MUHAMMAD BIN IDRYS (Imam Syafi'ie), SEBILAH LIDI DAN LIURNYA
Imam
Syafi'ie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Imam Syafi'ie bernama
Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin
Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul
Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi
Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
Beliau dilahirkan di Ghazzah , nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rajab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bunda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin karena ketika itu bundanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.
Karena kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjabat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bagian. Sepertiga malam beliau gunakan untuk kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Syafie keluar dari tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.
Ketika tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa di sadari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Syafi'ie untuk menegur beliau. Karna menyangka Imam Syafi'ie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Syafi'ie, “Apakah kamu berasal dari Makkah?”. Jawab Imam Syafi'ie, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu saat aku sedang mengajar?”. Jawab Imam Syafi'ie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Tapi karena saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”.
Apabila Imam Malik membolak-balik tangan Imam Syafie, beliau tidak menjumpai tulisan sedikit pun. Beliau (Imam Malik) lalu berkata, “Lantas mengapa tak nampak tulisan sedikit pun di tangan mu?”.
Kata Imam Syafie, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu”.
Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadits pun yang luput dari hafalan Imam Syafie daripada 20 hadis yang diajarkan hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Syafie dijemput untuk menetap di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekaligus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Syafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta’. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain.
Keren kan? :)
Ambil pelajaran dan jadikan sebagai teladan ya dear. Salam Kheerr :)

Komentar
Posting Komentar